CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Saturday, October 29, 2011

sharing is caring

Jika dalam FB banyak sgt bahan2 yang menarik tuk dikongsi...so, saya ambik peluang ni jugak untuk kongsikan bahan2 yg bagi saya menarik untuk di baca dan memberi impak yang baeik untuk saya terutamanya..Jom bace:

Kerja hingga larut malam, dan tiada ruang selesa untuk solat? Tiada hamparan sejadah serta karpet yang lembut untuk sujud? Bumi ALLAH ini luas. Solatlah di ceruk mana sekalipun, hanya untuk menunaikan tanggungjawab kepadaNYA. Bukankah kita semua mengimpikan Syurga Firdaus? Berlapang dada dan berbahagialah mereka yang istiqamah di jalanNYA, kerana ganjaran ALLAH SWT amat berharga!

Berfirman Allah azza wa jalla:

“Sungguh telah mendapat kemenangan segala orang yang mukmin (iaitu) segala mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan segala mereka yang menjauhkan diri dari perkataan yang sia-sia dan segala mereka yang mengeluarkan zakat; dan segala mereka yang memelihara kemaluannya terkecuali terhadap isteri-isteri dan perempuan-perempuan yang mereka miliki, kerana terhadap isteri dan perempuan-perempuan yang dimiliki itu tiada tercela. Maka orang yang mengkehendaki lebih dari itu, ialah orang yang melampui batas. Dan segala mereka yang memelihara amanah dan janji; dan segala mereka yang memelihara solat; itulah mereka yang mempusakai Firdaus; mereka kekal abadi di dalamnya.” [al-Mu'minun: 1-11]

0 comments: