CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Monday, August 1, 2011

Ramadhan



Dah agak berhabuk seketika blog ni..masa untuk membersihkan blog..hehe
Pejam celik pejam celik, syukur Alhamdulillah masih berpeluang untuk celik lagi di dunia ini..
Ramadan tiba lagi, syukur sangat kerana saya masih berpeluang untuk menyambut bulan paling Rahmat, bulan Pengampunan serta bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam.
Seperti setiap tahun, persediaan menyambut ramadhan?ermmm..apa ye?persediaan pastinya dari segi mental terutamanya..pastinya setiap umat Islam inginkan memperoleh segala kebaikan pada bulan ini..so, apa yang perlu dilakukan.??tepuk dada..tanya diri kita sndiri.
Bulan ini, moga dapat la sama2 kita memperoleh sesuatu agar kita sentiasa mengharapkan setiap hari di bulan Ramadhan ini adalah hari2 yang terbaik bagi kita..
Di kesempatan ini, saya memohon maaf atas segala kesalahan dari segi tutur kata, perbuatan dan segala jua perkara yang dilakukkan. Sesungguhnya saya masih insan biasa yang tidak lari dari kesalahan..mohon maaf atas khilaf saya...

Sedikit perkongsian sempena bulan Ramadhan ini.
Rasulullah sendiri sentiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda: "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan.Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan.Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan darikebajikan" (Hr. Ahmad)

0 comments: